CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



October 30, 2015

Tak ada tajuk

Assalamualaikum
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

nak cakap apa lagi?
tak tau nak cakap apa dah
tak nak cakap pasal dah tamat housemanship
tapi nak cakap pasal future - medical officership

keputusan penempatan dah keluar
yang bab rayuan punya
jawapan kkm : sarawak hmmm hmm hmm

sebak tu sebak jugak
berair jugak mata ni hah
tapi apakan daya
keputusan muktamad
kalaulah aku  punya kuasa atas kkm,tak payah la susah2 aku menapak ke putrajaya tu semata2 nak hantar sehelai surat rayuan tu

bila difikirkan balik
ya Allah tak bersyukurnya tuan punya badan ni
sekurang2nya aku dapat penempatan
aku dapat sambung kerja
aku dapat cari pendapatan aku sendiri
aku boleh bagi mama opah duit belanja tiap2 bulan
aku boleh belanja keluarga aku makan besar
aku boleh self-treat dengan duit aku sendiri
aku boleh salurkan duit tu untuk golongan yang memerlukan

DAN sekurang2nya aku SURVIVE HOUSEMANSHIP 2 tahun Alhamdulillah

cuba kalau Dia uji aku sangkut kat posting mana2
sangkut sampai lebam
ntah2 sampai tak naik ud44 ke
macam mana keadaan aku?nauzubillah
mungkin Dia tak uji aku dengan benda2 macam tu sebab Dia tahu aku tak kuat nak hadapi ujian tu
tapi Dia tahu aku kuat untuk hadapan ujian yang ini


tapi orang lain ada je yang dapat semenanjung
siap dapat kelantan lagi (sebab aku minta kelantan tapi tak dapat)


jadi apedehal?
biarlah orang lain dapat semenanjung pon
rezeki orang tu kat kat semenanjung
rezeki kamek kat sarawak

hikmah tu kadang2 Allah swt tak tunjuk sekarang
mungkin bulan depan?tahun depan?sepuluh tahun akan datang?
kadang2 kita tak perasan apa yang kita dapat selama ni,itulah hikmah tuhan
nikmat iman dan islam yang paling penting
nikmat sihat
nikmat rezeki
nikmat keluarga yang aman
nikmat kawan2 yang baik
nikmat boleh jalan tempat2 yang best
nikmat boleh makan yang sedap2

hah nikmat tuhan apa lagi yang kau nak dustakan?
tepuk dada tanya hati

sarawak!tunggu kamek
?eh