CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



June 27, 2013

Selepas 5 TAHUN

Ini bukan cerita 5 TAHUN 5 BULAN macam dalam novel Hlovate.
Tapi ini cerita 5 TAHUN saya sebagai pelajar perubatan di Universiti Sains Malaysia.


"Dr Wan Zuliyana Irmi Bt Wan Abdul Rahman"

Saya tak sempat dengar penuh pun sebenarnya nama tu. 'Alhamdulillah' terpacul dari mulut saya sebelum sempat Dekan PPSP Prof Sukari habis baca nama saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Susasana dalam Dewan Kuliah 3 waktu tu tak ubah seperti tahun2 sebelum ini sewaktu kami ingin mengambil keputusan peperiksaan Professional 1 dan 2. Cuma yang bezanya adalah kali ini debarannya lebih kuat, suasananya lebih tegang dan pastinya nama2 yang disebut kali ini disertai dengar panggilan DR di hadapan. You know what, that is the reason why we are here and that is what we are waiting for over the past 5 years. Namun harus diingat bahawa gelaran itu datang bersama tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Nak rawat orang satu hal, nak jaga nama baik USM pun satu hal. Why? Because everytime we manage patient wrongly (nauzubillah), people (eg:consultant) will ask "where are u graduated from?". Oh my! Feel ashamed to myself. And guilty to my lecturers.

Bila diingat balik perjalanan 5 tahun ni, rasa macam tak percaya pun ada. Banyak betul turun naiknya. Jatuh, tersungkur, tersembam. Tapi Alhamdulillah Allah SWT kuatkan semangat saya. DIA ajar saya untuk sentiasa bersangka baik untuk setiap ujian yang DIA berikan pada saya. Pernah kawan2 saya bertanya macam mana saya boleh sentiasa berfikiran positif. Saya jawab, "Sebab saya sentiasa yakin dengan janji Allah SWT dan saya yakin pasti ada sesuatu yang Allah SWT nak tunjukkan pada saya melalui ujian itu."

2 minggu study week adalah saat2 yang paling menyeksakan. Allahurabbi. Air mata kadang-kadang jadi peneman. Kadang-kadang terfikir, "andai kata aku gagal, apa aku nak buat?" Alhamdulillah saya dikelilingi kawan2 yang orang kata satu kepala. Setiap petang lepas solat Asar, kami ada study group. Tak ada la rasa stress sangat sebab ada geng nak gaduh. Gaduh berilmiah :p

Pensyarah2 adalah antara insan yang paling saya nak ucapkan terima kasih. Ya Allah besar betul pengorbanan mereka. Siang malam ajar kami tanpa jemu. Banyak kali sangat kami buat mereka marah, kecewa, sedih."Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa pensyarah2 kami. Sejahterakanlah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Berkatilah dan rahmatilah setiap usaha mereka dalam mendidik kami Ya Allah."

Banyak nasihat yang saya dapat dari mereka sewaktu pertemuan terakhir sebelum meninggalkan USM for good. Dr Rizal,Prof Fahisham,Prof Imran,Dr Mokhzani,Dr Syed Hadi,Dr Siti,Prof Shukri,Dr Akram dan Prof Shah Reza. Dari satu jabatan ke satu jabatan kami jelajahi sekadar untuk menyatakan penghargaan terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan selama ini. Sungguh saya sangat sayang pensyarah2 saya. Ramai lagi pensyarah2 yang saya tidak berkesempatan
untuk bertemu petang itu. Namun,saya sentiasa doakan agar Allah SWT melimpahkan sebanyak-banyak rahmat buat mereka. Halalkan segala ilmu yang kalian curahkan buat kami. InshaAllah kami akan pegang amanat kalian dan jadi a safe Dr dan jaga nama baik USM.

Saya dedikasikan kejayaan saya ni buat arwah baba. Saya kehilangan arwah baba sewaktu saya berusia 17 tahun. Arwah memang nak sangat tengok saya jadi seorang doktor. Sayangnyoa arwah tak sempat nak tengok saya pegang ijazah kedoktoran. Semoga Allah SWT merahmati roh arwah baba di sana Al-Fatihah.

Terima kasih buat mama yang banyak sangat bersabar dengan kerenah saya, yang sentiasa ada saya dalam setiap doa beliau, yang sentiasa buat solat hajat untuk saya. Terima kasih untuk opah, akak, aju, imi, uni dan seeeeeeemuaaaaaa yang doakan saya. Mungkin bukan doa saya yang Allah SWT kabulkan sebaliknya doa kalian yang DIA perkenankan. Alhamdulillah....
Gwiyomiessssss!!I miss u all already. Cikah, Onie, Kak Ira, Nini, Zati & Mira...terima kasih banyak2 atas semua ilmu yang kalian kongsikan secara langsung mahupun tidak langsung. Study group, gaduh, tolak air masuk hidung, airmata, pasar malam, gagal, lulus, argue jawapan past year, nasi kicap ikan bilis, kek, birthday, merajuk, hutang duit argggghhh macam-macam la..name any word and I'm sure they reflect us so well. Moga Allah SWT sentiasa panjangkan silaturrahim kita dan kekal sampai bila-bila insyaAllah.

5 TAHUN....Terima kasih Allah atas kurniaan ini...Alhamdulillah

No comments: