CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



June 22, 2011

Jadi Cikgu Bahasa Inggeris

Assalamualaikum
Bismillahirrohmanirahim

Ahad lepas,saya dapat panggilan daripada Cikgu Halim,pegawai di PPD.Resume saya sebulan yang lepas telah pun ditimbang tara dan saya ditawarkan menjadi guru sementara Bahasa Inggeris bagi tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah berdekatan bagi menggantikan guru sebenar yang cuti.Tugas saya sepatutnya bermula 3 Julai 2011 dan berakhir 4 September 2011,seminggu sebelum semester baru bermula.Fikir punya fikir punya fikir plus bincang dengan Mama bagai,saya ambil keputusan untuk MENOLAK tawaran tersebut.

Masa mula2 hantar resume tu,semangat saya nak jadi cikgu tu membuak2 sangat.Dan masa terima tawaran tempoh hari,saya gembira sangat.Saya mula bayangkan rutin harian saya nanti .Pagi2 dah kena siap,pakai baju kurung,pukul 7 tayar MyVi dah bergolek,sampai sekolah masuk bilik guru.Bila sampai waktu mengajar,pegang buku di tangan,bimbit handbag,masuk kelas dan budak2 akan bangun bagi salam,"Assalamualaikum Cikgu".Lepas tu,saya akan main conteng2 atas papan hijau dengan kapur (erk ke sekarang ni dah guna white board semua?) dan kalau pelajar tak faham atau ada masalah,saya akan pergi dekat dia dan ajar balik apa yang dia tak faham.Bila waktu lapang aje,saya akan stay kat bilik guru,buat rujukan atau tanda buku latihan pelajar2 ataupun borak2 dengan cikgu lain kat situ.Kalau tak habis tanda,saya akan angkut buku2 tu semua masuk dalam kereta untuk sambung kat rumah.Dan setiap hari Ahad,saya akan duduk bersama cikgu2 lain kat depan waktu perhimpunan.Hujung bulan pulak,saya dapat pegang duit hasil titik peluh saya sendiri kerja.Mak sedara saya cakap (dia pun cikgu),gaji cikgu bukan sembarangan tau.Sekurang2nya saya boleh guna duit tu untuk keperluan dan kegunaan saya untuk cuti yang masih berbaki 2 bulan lebih lagi ni.Tak perlulah saya keluarkan duit bank.Dan saya memang seboleh2nya tak nak guna duit mama.Banyak2 lagi yang saya boleh cuba perkara yang saya tak pernah buat atau terfikir pun sebelum ni.Yang penting,saya nak didik anak2 murid saya sebaik mungkin,sedaya yang saya mampu supaya bila saya tinggalkan sekolah tu nanti,ada sesuatu yang akan membuatkan mereka ingat saya (skema tak ayat?).Dan saya nak rasa balik suasana sekolah rendah yang saya dah tinggalkan 10 tahun yang lalu.

Tapi apakan daya,itu semua hanyalah angan2 saya sahaja.Saya TERPAKSA tolak tawaran tu.Sedih tu memang la sedih,terkilan pun ada tapi saya punya alasan saya tersendiri.Ada 3 sebab utama sebenarnya kenapa saya tolak.PERTAMA,tarikh 3 Julai iaitu tarikh di mana saya sepatutnya memulakan tugas saya sebagai guru ganti adalah sama dengan tarikh saya sepatutnya memulakan attachment saya di HUSM.Nama dan segala urusan penempatan telah pun diuruskan.Jadi sangat2 lah rugi kalau saya batalkan penyertaan saya di saat2 akhir ni,ye tak?Kata Mama,'Perubatan tu bidang Nana dah tapi cikgu ganti tu hanya nak isi masa cuti,tak berkait pun dengan bidang Nana nanti'.

KEDUA,terus-terang,kalau bab2 speaking atau apa2 sahaja yang berkait ngan BI ni saya kantoi sikit.Kalau Mama tanya saya apa2 dalam BI,saya akan jawab dalam Bahasa Melayu or to be spesific,bahasa Kelate.Masa hantar resume dulu,saya harap sangat dapat mengajar Matematik sebab Mama kata,selalunya PPD ambil guru ganti untuk BI & Matematik.Alih2 dapat BI pulak.Seriously,I have no idea on the syllabus for standard 4 and 5.Orang kata,'Alaa...yang basic2 je...a,an,the,past,present tense...'Tapi kalau pronunciation pun tak betul,apa ke hay nye yob?Satgi kalau budak2 tu tanya macam mana nak sebut perkataan tu,saya pulak yang terbelit lidah nanti.Kang tak pasal2 pulak budak2 tu dapat ilmu salah.Buat malu aje.Ada jugak yang kata,'Kan ambik medic..hari2 cakap BI,belajar pon dlm BI..mesti boleh punya..'Hmm saya pun harap itu dapat membantu tapi....tak boleh la.Tak kisah la,yang penting saya sedar kemampuan diri saya dan saya memang tak yakin langsung nak mengajar Bahasa Inggeris.Susah kalau diri sendiri tak yakin ni.Orang kata betul,kita kata salah.

KETIGA,tugas ni nanti melibatkan bulan puasa.Dari awal cuti lagi,saya tekad saya tak nak kacau bulan puasa.Bulan lain,buatlah apa nak buat,pergilah ke mana pun,jalan2 ke,holiday ke,nak kerja je,attachment bagai tapi say NO to bulan puasa.Saya betul2 nak reservekan bulan puasa ni.Dah lama saya tunggu.Ye lah,kalau sebelum ni,ada kelas masa bulan puasa.Pergi lecture,PBL,clinical teaching,petang balik beli lauk je.Kalu penat sangat petang tu,tidur dulu sebakul.Kalau terawikh lama sikit,mula lah nak terhuyung hayang.Jadi,saya fikir eloklah saya fokus betul2 bulan puasa kali ni sebab saya tak fikir akan dapat cuti sebulan penuh macam ni lagi untuk bulan puasa nanti2 ni.Ntah2 dah tak jumpa dah.Mana kita tahu kan.Moga2 pertemuan kita dengan Ramadhan 1432H yang tinggal lebih kurang sebulan lebih sikit je lagi ni akan jadi lebih bermakna dengan usaha kita untuk lebih dekat kepadaNya.InsyaAllah semoga DIA sempatkan kita dengan Ramadhan kali ini.



~Selamat jadi cikgu kepada kawan2 yang jadi cikgu sementara cuti ni~
(^_<)v


June 16, 2011

Jangan Menyerah kerana Hidup Ini Anugerah



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa


Have u ever heard this song?Maybe the title and lyrics were just slipped your mind but u could catch the melody Aaaaa Aaaa,I bet...First time I heard this song was when I tengah kutip2 kain sebanyak 3 bakul untuk dilipat while Nabil was very focusing on his game on the sofa and Naim was playing around with milk bottle hung from his mouth.It was played on TV in Amanah Dalam Cinta,sinetron Indonesia and u know,it was awesome!I was so impressed with the lyrics which were so meaningful,about man who should not give up in whatever circumstance he was facing because we have HIM!Dont ever put yourselves in rubbish just because of your poverty,your problems,your sadness etc2.

"Senangla cakap kalau masalah tak kena batang hidung sendiri"

Who dares to say that?Everybody has their own problem.Everybody is tested.Kalau yang miskin diuji dengan tak cukup duit nak sara hidup keluarga and so on,then rich people also same but only they are tested in such other way.Too many money sampaikan tak tahu nak simpan mana,nak buat apa dan bimbang kalau2 aimed by thief etc(just an eg).

'Tiada yang terlahir sempurna'.
Yes.We are not perfect but still we are human being,a very special and unique of GOD's creations.There must be something in us that is very special,and yet we dont know.

'Kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat'.
Back to the virtue Al-Quran,Al-Ankabut 29 : 2
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?"
See?We are tested everyday,everytime,everyseconds,actually.If we have no faith in HIM,then we are finish.Pray to Allah SWT for lay not on us a burden greater than we have strength to bear.

'Syukuri apa yang ada'.
Allah dah tetapkan rezeki masing2.Hanya tinggal kita sahaja yang perlu berusaha.Tidak usah berdengki dengan kejayaan orang lain,kebahagiaan mahupun kekayaan yang ada pada mereka.Kerana apa yang kita miliki itu adalah yang terbaik buat kita,dari Allah SWT.
"Allah lah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat yang menetap dan langit sebagai atap dan membentukmu lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki dari yang baik-baik.Demikianlah Allah Tuhanmu,Maha Suci Allah,Tuhan seluruh alam"
(Al-Ghafir : 64)

And i love the last verse.Oh Lord,pour out constancy on us and make our steps firm.Allah SWT sangat sangat saaaaangat sayangkan hambaNya yang sentiasa SABAR :))
"Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim(berserah diri kepada-Mu"
(Al-A'raf 7 : 126)

AYUH BANGKIT SAMA2!
~(^_______^)~

Berubah?Haisyy...Hati

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum


Hati itu bersih lagi suci.Kata orang,seputih salju.Dari hati,segala-galanya bermula dan kepada hati,semuanya bernoktah.Dunia yang sering diagung-agungkan ini begitu banyak ranjau dan durinya sehingga kadang2 membuatkan hati kita sering sahaja berbolak-balik.Adakalanya sehingga tercarik dan berdarah.Dan hati itu jugalah tempat titik permulaan kepada suatu perubahan.Perubahan ke arah positif (Alhamdulillah) mahupun ke arah negatif (Nauzubillah).Dan perubahan yang pertama itu pastinya lebih sukar.Tatkala hati mula berbunga saat mentelaah betapa hebat dan agungnya DIA Yang Maha Esa,tatkala bibir mula basah dengan alunan zikir memuji kebesaran-Nya,tatkala tubuh yang mula ringan untuk bangkit solat akhir sepertiga malam,namun saat itu jugalah syaitan laknatullah seakan-akan cemburu dan berapi-api menahan kemarahan.Lalu ketika itu jugalah ditiupkan ke dalam hati kita dengan kata-kata nista tentang Sang Pencipta.MasyaAllah.Andai rapuhnya hati tika itu,maka bersorak gembiralah para syaitan kerana telah berjaya menghalang niat seorang anak Adam untuk berubah kembali ke jalan Allah.

"Dan sesungguhnya syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk"
(Az-Zukhruf 43 : 47)

Berubah itu bukan senang.Apatah lagi jika perubahan itu ke arah yang lebih baik.Pasti mengundang pandangan yang berbeza dari masyarakat sekeliling.Yang menyokong,Alhamdulillah.Yang memandang serong,pedulikan.If we live based on what people say,then we are nothing.

Anda kenal Catriona Ross?Sham Kamikaze?Bob Lokman?Irma Hasmie?Farah Anuar?Yat?Asyraf Muslim?(Mesti kenal punya AF tu kan..ye la,mana taknya..dapat tahu je AF nak bertunang,ramai akhwat yang frust..hehheh)....Anda perasan tak apa2 perubahan pada mereka?

Catriona Ross
Saya menemani rakan2 saya yang ingin membeli tudung di sebuah butik.Akibat terlalu bosan kerana menunggu lama,saya mencuba sehelai tudung.Sekadar suka2.Saat tudung itu terletak elok di atas kepala saya,saya dapat rasakan ada sesuatu yang mengusik jiwa saya.Saya menangis kerana saya tahu Allah sudah memanggil saya.Bermula saat itu,saya sudah mula memakai jilbab sehingga kini.Alhamdulillah.
*saya sangat suka dengar bila beliau bercakap,sangat lembut dan sopan.*

Sham Kamikaze
Alhamdulillah..DIA buka pintu hati saya setelah saya bertemu dengan Imam Besar Masjidil Haram.Kalau dulu,hidup saya tak tentu arah,pakai subang dan sebagainya tapi Alhamdulillah,saya sangat bersyukur atas hidayah yang dikurniakan-Nya ini untuk saya
*saya perasan,waktu beliau menjadi juri jemputan untuk konsert mingguan AF yang ke-?,beliau hanya memandang ke lantai ketika mengkritik persembahan Fina yang waktu itu memakai dress pendek paras lutut*

Bob Lokman
Sewaktu saya ditahan dalam wad akibat ulcer dalam perut,pesakit di sebelah katil saya dijemput Ilahi padahal waktu siang sebelum itu,kami masih rancak berbual.Saat itu,saya sedar saya juga akan dijemput jua tapi adakah amalan saya sudah cukup untuk dijadikan bekalan di padang Mahsyar kelak?Dari situ,saya bertekad saya perlu melakukan sesuatu.Dan Alhamdulillah DIA mempermudahkan jalan saya.

SEE??Saya bagi contoh dalam kalangan artis kerana saya tahu mereka dikenali ramai dan kita sendiri melihat bagaimana diri mereka sebelum ini.Begitulah,kalau Allah SWT dah ketuk pintu hati,bermakna DIA sedang memancarkan cahaya ke satu jalan untuk kita lalui agar mudah pengembaraan kita untuk mengecap redha-Nya.Subhanallah.Andai dibiarkan sahaja seruan itu,bimbang kelak ia takkan datang lagi buat selama-lamanya.Mohonlah agar dikurniakan hati yang kuat dan istiqamah.Semoga setiap yang berlaku di sekeliling kita bakal menjadi ibrah(pengajaran) untuk kita lebih dekat kepadanya.Ameen.

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima Islam lalu ia mendapat cahaya dari TuhanNya (sama dengan orang yang membatu hatinya)?Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."
(Az-Zumar 39 : 22)

Perubahan bukan hanya melibatkan perkara-perkara yang besar seperti solat,puasa tetapi pada perkara2 yang kecil seperti pada awal pagi,baca doa bangun tidur,bersugi,solat Subuh,amalkan makan pagi dan sebagainya juga dianggap satu perubahan positif.Ataupun,memanjangkan dan mengeratkan silaturrahim dengan kawan2.Ye lah,musim2 cuti ni,ramai yang buat hal masing2 kan sampai tak sempat nak tanya khabar kawan2.Hmmm hari ni dah telefon mak ayah tanya khabar?Kalau belum,cepat2 telefon ye.Baru-baru ni saya ada dengar tentang satu dosa yang melibatkan ibu dalam 'Tanyalah Ustaz' iaitu kalau kita tak jawab panggilan ibu(tanpa sebarang keuzuran),maka jatuh satu dosa ke atas kita.Kalau 8 panggilan daripada ibu yang kita tak jawab,maka percuma sahaja,8 dosa yang kita tanggung pada hari tersebut.

Life is 10% what happens to us and 90% how we react to it.It's all the decision that we make today that determine who we are tomorrow.
SO,LETS MAKE ONE CHANGE FOR TODAY!