CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



February 28, 2011

acu cubo try test

Pernah dengar ayat ni??
Mesti pernah kan?kan?
Tahu apa maksudnya?
Jom kita sama2 selami..keh3

Acu = cubo = try = test
Sebenarnya keempat-empat perkataan tu sebenarnya sama je
Cuma yang membezakannya adalah bahasa
Acu = bahasa loghat kelantan
Cuba = bahasa melayu baku
Try/Test = bahasa inggeris
Faham dah?heheee..

Hari ini adalah hari melalut sedunia,saya fikir..
Saja nak 'acu cubo try test' post entri yang ntah pape ni guna BB
Kompem tak se'syok' tekan keyboard kat lappy!huh!
Memang sengal!!~
Baru lepas makan nasi kerabu daging bakar + hot choc panas.syok!
Basuh baju yang bertimbun juga!
Dan lepas ni nak basuh miss MyVi..karpet dia dah kotor dengan kesan minyak pantai hari tu..sob3!!~tak tau la boleh tanggal ke tak :(

Okes,adios!tata~
(mood murmur..haisyy cvs!ble nak abeh ni??)

February 25, 2011

Teman,pegang tanganku erat




24 Februari 2011
Pantai Melawi
*tiada dlm gambar : naddo


TEMAN,pegang tanganku erat
Jangan sekali-kali kau lepaskan ye
Aku bimbang andai pautan itu putus
Kita tak kan bisa ketemu lagi

TEMAN,pegang tanganku erat
Jangan sekali-kali kau menjauh ye
Aku bimbang andai kita menjauh
Hati aku akan jadi rindu
Aku tidak mahu kerana rindu itu sakit

TEMAN,pegang tanganku erat
Genggam ia kemas2 dengan dua2 tangan
Andai satu tangan longgar
Masih ada satu tangan lagi untuk menariknya kembali

TEMAN,pegang tanganku erat
sebab aku sayang kalian!



- semalam pergi ala-ala picnic kat Pantai Melawi.syok!bertolak pukul 7pg dr USM.Konon2nya nak tgk matahari terbit.
- malam sebelum tu,kami pergi serbu mydin,beli barang2 nak masak.beli itu la,ini la.syok!
- malam tu,kami prepare apa yang patut dulu sebab esoknya tu,pg2 lagi dah nak bertolak.buat muffin.syok!
- tak boleh tidur lena malam tu.excited sgt kot.pukul 4.30 pagi,dah mula bising pantri aras 1.'gong geng gong geng'.kami masak nasi goreng special Topies,sup cendawan Topies,sandwich telur + sardin,ada sosej bla..bla..bla
- kat pantai,kami snap2 gambar (acara wajib of course),main pepsi cola,main sambung2 lagu,main dato' harimau,posing2,mkn choki2
- dan hari itu,kami hanya gelak + senyum + ketawa sampai sakit perut,sampai keluar air mata
- tinggalkan segala belenggu MEDIC di usm and we enjoyed to the fullest!
- terima kasih Ya Allah untuk rasa ini
- terima kasih teman2 untuk persahabatan ini
- now lets strive for excellence!study kow2 punya.4 minggu lagi nak Pro 2.All the BEST!



February 23, 2011

Peliharalah Dirimu Duhai Wanita





































Align Center


:: titipan untuk aku dan kamu yang bergelar MUSLIMAH ::

February 19, 2011

menjawab tag!

banyak tag yang saya tak sempat jawab.so petang2 sabtu mcm ni kita curi sket masa preparation long case exam utk jawab tag2 ni eh :)

tag yang pertama daripada miss nur nabila mohamed

1.pernahkah anda rasa 'hot'?
mestilah pernah.bila rasa panas,mestilah hot kan.lebih2 lagi klu kipas tu macam siput jer pusing.

2.upload wallpaper yang anda gunakan sekarang



3.ceritakan pasal wallpaper tersebut
gambar bersama sepupu sepapat kaum kerabat masa family day tahun lepas kat bagan lalang.
*cuba teka mana satu saya :D

4.bila kali terakhir anda makan pizza
hmmm...dalam bulan lepas kot...dengan some of the Topies..black heron,naddo,hikmah,mira & farahin

5.lagu paling terbaru anda dengar
Tak de kot...saya main dengar lagu2 lama yang memang dah ada dalam laptop ni jer

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
makan nasi goreng kampung tambah telur mata...banyak sih!burppp...Alhamdulillah

7.selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
wan,zuliyana,irmi,nana,na,dona,don,che mek
*adik..itu dulu..sekarang dah 21..mana nak adik2 dah...tp kdg2 mama terlepas jugak*

8.tag lagi 5 orang

ainin

onie

fieha

naddo

cidat

9.siapa orang no 1 kepada anda?
dia roomate saya!heee

10.katakan sesuatu kepada orang no 5
oit dat...long time not c ya..meh gak jale kelate neh

11.no 3 ada hubungan dengan siapa?
woot...woot!tanya la empunya badan sendiri..awat tanya che' lak

12.bagaimana pula dengan no 2?
ini ex-roomate saya 2 tahun!!hee

13.kata2 cinta dengan orang no 4
opss...u nak dengar ke naddo?
i LOVE u *blushing*

13.5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag

1.dia boleh hidup kalau tak makan nasi satu hari.tapi saya??harap maaf!

2.dalam kereta dia ada baaanyak binatang2 kecil yang ada magnet tu.saya pon nak gak!

3.ini pon ex roomate saya jugak,masa kat KMPP.loghat Perak dia sangat pekat.suka!

4.dia sentiasa anjur events yang boleh merapatkan ukhwah sesama kami.cayalah naddo!i respect u.

5.dat?hmm..budak dorm saya masa kat Faris yang sangat pasif dulu tapi sekarang ni dah matang!


*********************************

tag yang kedua daripada miss Fieha

1.upload wallpaper yang anda guna sekarang
*sama yang kat atas tadi*

2.cerita pasal gamba
*sama jugak*

3.upload wallpaper sebelum ni



4.cerita pasal gamba
gambar pblmates saya kat labour room.diambil masa hari terakhir sesi akademik tahun 3.

5.kenapa anda tukar wallpaper len?
hehe.saje sebab dah lama sangat gamba tu bermastautin kat situ.

6.sudah berapa lama anda guna laptop anda itu?
sebelum matrik.kira2 dah hampir 5 tahun la.uisyy..dah lama rupanya cik lappy ni berhidmat untuk saya.terima kasih cik lappy.

7.apa anda buat setelah menyelesaikan tag ini?
sambung praktis PE (physical examination).nak long case exam dah!!

8.apa tujuan blog ini?
saje.wadah utk saya mengexpresskan rahsia hati.ceewahhh *sengal*

9.berapa kali seminggu anda update blog?
tak tentu..kalau rajin,tulislah apa2 pon

10.tag 4 orang
(kalau tag orang2 kat atas tadi,ok tak?)

dat

naddo

onie

ainin

11.apa yang anda tahu mengenai mereka?
sahabat2 saya la.sahabat dunia akhirat insyaAllah.sayang kalian kerana Allah :D

12.5 perkataan mengenai anda

myVi
Pooh
BB
white coat
degil


ngehngehngeh
sekian
tata


February 17, 2011

Ishanokokoro kembali!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Maaf ye sebab 'hilang' sekejap.Atas sebab2 tertentu,miss ishanokokoro terpaksa meng'private'kan diri buat sementara waktu.Rindu tak?The Topies mesti rindu kan?kan?Haa...jgn tipu.I tau.

Know what?Tepat jam 12.25 tadi,berakhirlah debaran Selanjar 3.Alhamdulillah..lama dah tak exam besar macam ni (sejak Selanjar 2 bulan 4 tahun lepas).Dan sekarang ni masuk fasa tawakkal.Berserah pada Yang Esa.He knows the best right?Minta doa banyak2 agar dilembutkan hati doktor2 yang memeriksa kertas jawapan kami nanti.Minta doktor2 boleh baca tulisan saya yang kadang2 senget tu sebab nervous sangat.Minta doktor2 tu bukan tengah gaduh dengan suami/isteri masa mark paper tu nanti sebab takut2 mengganggu pemberian markah tu nanti.Dan sebagainya.Hanya setakat ini yang mampu diberikan buat masa ni.InsyaAllah akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk Professional 2 bulan Mac nanti.Ayat nak sedapkan hati,"kira Selanjar 3 ni sebagai warming up untuk Pro nanti la".

Act,ada satu lagi exam hari Isnin ni.Long Case Exam.Tak pernah buat.Tak tahu macam mana.Nanti main redah jer la.Doakan kami dapat buat yang terbaik.Dapat doktor baik.Dapat pesakit yang dapat beri kerjasama.Tak ketar2.

Sebagai meraikan habisnya exam ini,saya tak minta banyak.Bukan duit untuk pergi shopping.Bukan minta belanja Kenny Rogers.Bukan minta diberikan blaus sebagai ganjaran sebab penat perah otak(amboii...habis exam jer pun.Bukannya dapat result lagi pun).Tapi saya hanya minta peluang untuk balik tengok wajah2 kesayangan saya di rumah.Insan2 yang tak pernah putus2 doakan saya.Yang telefon saya saban hari tanya dah makan ke belum,sihat ke tak,macam mana exam.Mama & Opah.Itu pun dah cukup.Jadi,saya mahu pulanglah.Ada yang mahu ikut?
*plus export baju2 untuk dibasuh.malas sih nak basuh tangan kat sini*

nota conteng : balik bilik,saya online ym.nampak 'dia' pon online jugak.terkejut jugak sebab dah lama tak nampak + dengar khabar 'dia'.setahun dah kot.saya tulis status 'Alhamdulillah..masuk fasa tawakkal..~mood abeh exam~'.tiba2 dia pon tukar status jugak jadi 'alhamdulillah~'.rasionalnya??hahaa...tak tau!maaf la otak pon dah jadi sengal sebab gembira sangat habis exam




February 15, 2011

Kisah exam hari kedua


HANCUR!
FULLSTOP!




dah lama saya tak menangis sebab exam.kali terakhir yang saya betul2 nangis ialah masa matrix,lepas jawab paper Maths Final 2.sebab sedih yang teramat sangat tak dapat jawab habis dan soalan yang teramat2 susah sampaikan cikgu sendiri pon kata dia ambil masa yang lama untuk jawab soalan tu,saya tak dapat tahan air mata saya yang sememangnya dah lama bergenang sebaik sahaja keluar dewan peperiksaan.sampai2 jer bilik,terus bursttttt meleleh leleh...haisyyy

dan hari ini sejarah itu kembali berulang.belum pon lagi loceng tamat peperiksaan OSCE petang tadi dibunyikan,saya dah restlessness.kaki saya bagaikan
berat sangat nak terus bergerak ke stesen2 yang seterusnya.DOWN!keluar jer makmal,mata dah merah.sampai jer bilik,bursttttttt.cepat2 ambil tuala terus sembunyi dalam bilik mandi.nanti kalau nangis dalam bilik,roomate nampak,malu.(eleh...macam la dia takkan tahu bila baca entri ni).terus solat asar dan doa mintak kekuatan daripada-Nya.sungguh aku tak kuat Ya Allah.

hari ni muka saya dah jadi mask-like face.tak mampu nak senyum,kerut etc2.huh!memang teruk penangan OSCE kali ni.lepas maghrib,mama telefon,tanya pasal exam.oh mama,maafkan anakmu ini."Nana tak dapat jawab."saya mengadu kat mama."Dont worry lah.yang dah lepas biarkan lepas.now look forward.kalau nak fikir susah,memang semua benda susah.even nak jadi penyanyi pon susah.so now look forward.ok?"panjang lebar nasihat mama.baik ma.terima kasih kerana sangat memahami diri ini.dan terima kasih juga atas doa2 mama.InsyaAllah semoga Dia makbulkan doa mama.

keluar pergi pasar malam dgn cikah,black heron & the loner.cuci2 mata sket tengok makanan yang banyak + lazat.on the way balik,akak hantar MMS.gambar naim & nabil pakai baju sekolah baru dengan ucapan 'good luck from us :D'.sangat comel!terima kasih anak2ku sayang kerana sentiasa menceriakan hari2 ibu saudaramu ini.heheh.then pergi surau,jumpa the topies (budak2 topi).jemaah sama2.Y Allah,moga hati2 kami sentiasa menyatu kerana-Mu.

bak kata onie dalam blog beliau,ini bukan exam Professional lagi.so saya masih ada masa untuk perbetulkan apa yang tak betul,isi mana yang kurang.mungkin Allah nak tunjuk bahawa usaha saya masih tak cukup.jadi saya kena berusaha lagi.

bak kata naddo dalam status ym beliau,berjuanglah hing
ga ke titisan darah yang terakhir(erkk..betul kan naddo?).ada 2 lagi paper pada hari Rabu & Khamis.jadi,gunakan masa yang ada sepenuhnya dan terus berusaha kerana hanya usaha itu yang kita miliki.jangan sekali-kali berputus asa.yang akan menentukan samada ia akan berlaku ataupun tidak hanyalah Dia,Ya Rabb.Semoga Kau permudahkan urusan kami.Ameen Ya Rabbal A'lamin.



-Have faith in Allah.He knows the BEST-

February 9, 2011

Islamic Couple

Sempat saya ber'blogwalking' sebelum menyambung sesi discussion dengan study partner saya,Aaina pukul 2.30 nanti.Dan saya sangat tertarik dengan satu entri yang ditulis oleh salah seorang senior saya di sini,tentang Islamic couple.Tak nak berceloteh panjang,cuma nak kongsikan entri itu sahaja.Selamat membaca!:)

****************
Special February : Couple Islamik

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt...

Bermula sebuah cerita...

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~…
-Amin, UK -"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. " Ala , kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.thank you..." balasnya pula.
Keesokannya. Aku menanti awal dia online.
'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: …
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...
Amin: … tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya lah… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan ?
Wani: so, statusnya kawan saja lah…
Amin: hurm…
…..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sebab……
Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana . doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya.
Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi…Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.



"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

*********The End*********

*Cinta-Antara Tuntutan Fitrah & Sempadan Syariat.
(http://solehin-bakri.blogspot.com/)

*Bagaimana pula dengan istilah 'booking'?no SMS,no call,no jumpa2,cuma booking.A tahu B milik A dan B tahu A milik B.Tak kan cari orang lain.Suatu saat nanti,bila dah bersedia,terus lamar dan nikah.Hmm...pernah seorang teman bertanyakan tentang hal ini kepada saya tapi saya tidak punya jawapannya.Mungkin kalian ada penyelesaiannya dan mungkin boleh share sama2 :)

February 7, 2011

Aku telah jatuh cinta!



Ya Allah
aku telah jatuh cinta
cinta pada setiap ciptaan-Mu

cinta pada alam-Mu
cinta pada alunan ayat-ayat
-Mu
cinta pada bisikan rahmat-Mu
cinta pada mahligai kasih dan sayang-Mu
hidupku indah dengan cinta

namun Ya Allah
keterlaluankah aku

andai aku meminta kepada-Mu
satu cinta dari insan dalam kalanganku
yang mampu membawaku bertemu dengan-Mu?





Seorang penyair Arab mengungkap indah :

Cinta merupakan anugerah takdir
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya
Tenggelamlah ia di dalamnya,tak tertolong lagi
Dia jatuh cinta sampai dimabuk rindu
Ingin rasanya terbebas
Namun tiada kuasa

Dia melihat laut yang dikiranya tidak dalam
Namun ketika masuk ke dalamnya.langsung tenggelam





Benar!
Cinta itu fitrah
Cinta itu anugerah
Cinta itu indah
Namun cinta itu pastinya akan lebih indah
Andai cinta itu adalah cinta yang diredhai Allah
Maka jauhilah hubungan terlarang
Hubungan yang sangat dibenci oleh-Nya
Jika tidak,bimbang akan mengundang fitnah

Bimbang akan menjadi tawar
Bimbang hilang manisnya kelak


"Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid"
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami dan lain2)
*dipetik daripada buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin

Namun harus diingat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum dia mencintaiku lebih daripada hartanya,anaknya dan manusia seluruhnya"

Aku mencintaimu kerana agamamu
Andai hilang agamamu,hilanglah cintaku kepadamu.
(Imam al-Nawawi)



*Andai kamu jatuh cinta,usahlah gusar.Usahlah gentar.Cinta tak bermakna memiliki.Usahlah terlalu menonjolkan diri di hadapan si dia semata2 agar si dia tahu kewujudanmu.Berdiam dirilah kamu di tempatmu.InsyaAllah andai benar jodohmu dengannya,sejauh mana pun hati kalian,Allah pasti akan dekatkan bila tiba masanya kelak.Dan andai dia bukan ditakdirkan untukmu,jangan bersedih.Si dia mungkin bukanlah yang terbaik untukmu.Percayalah pada janji Allah.Dia telah menciptakan seseorang yang jauh lebih baik untuk menjadi pendampingmu.Membawamu lebih dekat kepada-Nya.Rebutlah cinta Ilahi,insyaAllah kita akan mendapat cinta manusia.



dah tengok?belum??pergi la tengok.tengok tau.