CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



January 18, 2011

It's not easy...I'm sure...

Nama je baru balik dari kem bagi motivasi kat adik2 Form 5 tapi akhirnya saya sendiri yang 'terdemotivated'.Kenapa?GOK (God Only Knows).Hari minggu baru2 ni,saya tak balik rumah seperti sebelum2nya (dah 3 minggu tau tak balik ni..sob3).Saya pergi MRSM Kota Putra kat Besut sebagai fasilitator Kem 'I Will Survive' kelolaan HICOM MSFT.Inilah pengalaman rasmi saya yang pertama sbgi fasi di bawah MSFT (Medical Student Fasilitator Team).Bukan sahaja sbgi fasi malah saya juga bertindak sebagai 'person in charge' utk satu modul.Jadi saya kena buat satu modul sebagai salah satu aktiviti kem tu.Search punya search punya fikir bagai,saya sediakan few options utk HICOM pilih sewaktu pembentangan modul.Dan mereka sepakat utk pilih modul 'Steps to the Moon'.
Macam mana nak laksanakan modul ni?Saya tak berminat nak terangkan.Cukuplah saya katakan bahawa tangan saya hampir-hampir jadi 'stiff' & hitam legam gara2 nak buat 42 biji bola sebesar bola sepak takraw menggunakan surat khabar.

Disebabkan beberapa masalah teknikal selepas kami tiba di sana,modul itu tak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.Uhh tragis bagi saya!Tidak mengapa sebab saya tahu DIA tak akan tinggalkan saya keseorangan.Terima kasih kepada mereka (Doc Peace & Farahin etc) yang bersama-sama saya saat saya begitu kalut memikirkan tentang plan B.Mana tak kalutnya,modul yang mula2 sekali lepas sesi ice breaking.

Tamat modul,sesi ulasan pulak.Punya la panjang berjela-jela skrip dalam kepala ni yang saya sediakan sebagai kesimpulan modul,alih2 tak sampai 5 minit pun saya ulas gara2 kekangan masa.
Kalaulah adik2 dapat baca entri akak ni,akak dah rasa lega sangat sebab sekurang2nya adik2 dapat apa sebenarnya yang akak nak sampaikan melalui permainan tu.Bukan sekadar suka-suka tau dik.


"adik2 ada rasa susah tak masa nak angkat bola tu dengan straw?geram tak rasa nak angkat jer bola tu dengan tangan letak atas clip board tu?tak pun main baling jer kat kawan yang duk paling ujung sekali,biar dia letakkan terus bola tu atas kerusi kat final point?(yang saya seronoknya masa saya mintak volunteer utk bagi komen,laju jer budak2 ni ke depan.bagus!lain benar dengan zaman saya dulu.dan komen2nya adalah berkisar tentang kerjasama dalam kumpulan).Ya!Kerjasama tu satu.Katakan salah seorang drpd kumpulan adik2 pentingkan diri,bola tu tetap tak dapat diangkat dengan sempurna kan?alih2 bola tu jatuh balik.tapi apa yang akak nak tekankan kat sini adalah adik2,tiada jalan pintas untuk kita berjaya.By hook or by crook,adik2 kena angkat jugak bola tu.Susah macam mana pun,adik2 kena lakukannya untuk adik2 sampai pada final point.dalm hidup ni,banyak peringkat yang adik2 kena lalui sebelum adik2 berjaya.kena angkat bola tu ramai2 denga straw,bangun,pusing 2kali,letak bola atas clip board,lompat then baru letak atas kerusi kat final point.samalah dengan hidup kita ni.banyak peringkat yang harus kita lalui sebelum bergelar orang yang berjaya.dan peringkat2 tu semua bukannya mudah.seorang jurutera bukannya lahir2 dari rahim ibu dia,dia dah terus pergi site project.adik2 belajar biologi,tentu adik2 faham bagaimana terbentuknya fetus,daripada percantuman sperma dan ovum.barulah terbentuk zygote,embryo,fetus.tapi sebelum tu,sperma harus melalui jalan yang saaaangat sukar untuk sampai kepada ovum.kemudian,bila bayi dah lahir,bukannya bayi tu terus boleh mintak,"ibu,nak aiskrim".bayi itu harus menjalani proses tumbesaran dulu.daripada 'ngek ngek ngek',dah pandai panggil 'ibu',pandai meniarap,merangkak,berjalan & berlari.cuba adik aplikasikan dalam hidup adik sekarang ni.adik2 nak hadapi SPM hujung tahun ni.lama lagi tu,10 bulan lagi.banyak lagi persediaan yang adik2 boleh lakukan.kejayaan tak datang bergolek dik.kena ada usaha,usaha yang berterusan.adik2 tak boleh fikirkan jalan pintas untuk adik2 skor A+ dalam semua subjek nanti sebab memang jalan pintas itu tidak pernah wujud.adik malas?adik tak akan dapat apa2.adik rajin,usaha betul2,mintak doa pada Allah,tawakal,insyaAllah Dia kabulkan permintaan adik2.adik2 ada 24jam dalam sehari.tolak tidur 8 jam,makan,solat & semua keperluan diri,adik2 ada lebih kurang 12 jam untuk belajar.lebih2 lagi untuk yang tinggal kat asrama.tak payah nak fikir nak masak apa malam ni,nak kena jaga adik,nak kena tunggu bas untuk pergi sekolah etc.kalau ikut kata Dr Sheikh Muszaphar,beliau sangat pantang kalau ada orang kata 24 jam sehari tu tak cukup.jadi,akak harap adik2 dapat apa yang akak nak sampaikan melaui permainan ni.dan sekali lagi akak nak tekankan,tiada jalan pintas untuk kita berjaya.segalanya bergantung pada diri kita sendiri.mintak doa pada Allah supaya kita sentiasa kuat untuk hadapi apa jua ujian yang DIA bentangkan kat hadapan kita.ikhlaskan diri dalam belajar kerana Allah dan jangan cepat putus asa.tepuk dada,tanya hati adik."

haaa...lebih kurang macam nilah rupa skrip dalam kepala saya masa tu tapi sayangnya,tak terluah.Betul kata kak Ain(medic 4th yr),pengajaran yang terdapat dalam setiap modul seolah-lah tak sampai kepada adik2.Dan dicadangkan supaya fasi setiap kumpulan itu sendiri yang bagi ulasan kepada kumpulan masing2,barulah adik2 rasa dekat dengan fasi & boleh ceritakan apa2 masalah kepada fasi directly sebab objektif utama kita adalah untuk korek masalah mereka dan betulkan apa yang salah selagi termampu,insyaAllah.Tapi,tak apalah,Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.




barisan fasilitator yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun 1-tahun 5



inilah rupa bola kertas itu.dah tak ada pada saya sebab MSFT ambil simpan buat untuk next poject



panas ye dik?sabar ea..
(antara faktor kenapa saya harus ulas pendek je)



adik ni la volunteer yang nak bagi komen.bagus!



telur dalam surat khabar.fikir macam mana nak balut telur tu supaya tak pecah apabila kita lepaskan dari ketinggian 1 meter



part yang paling saya suka-kembara malam.maafkan akak ya dik sbb banyak buli adik2 masa ni.
ketua buli : aiman & zainal :P


tata..insyaAllah,panjang umur jumpa lagi ya

what a very precious moment i had
i'm learning from others who have better experiences
and now i'm looking forward for our coming project this end of february
trying to do my best!
owh exam is coming nearer :(

O&G block : another 1 week to go
study week : 2 weeks
SELANJAR 3 exam : 1 week
clinical block : 2 weeks
study week : 3 weeks
then PROFESSIONAL 2!!
total : 9 weeks!!

p/s:it's not easy to motivate others while we are not...

No comments: