CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 30, 2010

Saya Anak Kelantan!!



Lahir : Hospital Tanah Merah
Primary school : SK Sri Suria 1,Tanah Merah
Secondary school : SMS Tg Muhd Faris Petra,Pengkalan Chepa
Matrix : Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,Pulau Pinang
Universiti : Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian


Susur galur ku sepanjang 20+++ hidup
Dan semuanya bertapak di negeri Cik Siti Wan Kembang,tanah bermulanya respiratory circulationku stlh keluar dari uterus mama dan dipotong umbilical cord yang yang menjadi tali penghubung antara aku & mama semasa statusku sebagai fetus.


Dan sekarang aku masih di bumi Kelantan!




Kalau sekolah2 dulu,aku dah set mind nak sambung belajar jauh2,tak nak duk kat Kelantan.Setiap kali pulang hujung bulan dari asrama SMSTMFP,arwah baba akan tunjuk ke arah USM dan kata,"Nanti nana sambung la belajar kat sini,jadi doktor."
Reaksi aku,mencebik.Tak nak.




Tamat SPM,aku sambung belajar kat KMPP,Pulau Pinang.Pertama kali aku 'merantau' jauh dari negeri Kelantan.Kawan2 yang lain duk plan nak pergi oversea,tapi aku?Tercampak kat sini.Sedih.Marah.Tapi dah rezeki aku,aku redha.Alhamdulillah Allah itu Maha Adil.Result aku utk kedua2 sem melayakkan aku menyambung pengajianku dalam bidang perubatan.




Di mana?Aku pilih USM,kampus Kelantan.1 thn di luar,aku yakin tempat aku di tanah kelahiranku.Tak kisah apa orang kata.Yang penting,aku gembira.Dekat dgn rumah,dekat dgn mama & opah dan senang nak balik selalu kalau ada apa2 majlis kat kampung.Dalam kalangan adik-beradik aku,memang aku je yang duk Kelantan.Yang lain semua duk KL.Aku tak kisah.Aku gembira.Di Kelantan.




InsyaAllah 2thn lagi akan tamat degree (Ya Allah,semoga segalanya berjalan lancar) dan pegang title DR sebagai HO (Housemen Officer).Kira praktikal la sebelum jadi MO (Medical officer).Tahu apa planku?Nak sambung jadi HO kat Hospital Tanah Merah.10 minit jer dari rumah.Hee.Boleh duk rumah,tak payah duk rumah sewa.Kalau tak dapat cuti raya,masih boleh beraya dgn keluarga.Kan kan kan?




Dan kata mereka,"Ntah2 nanti nana kahwin dgn org sini jgk."
Erk?No comment!




Konklusinya,SAYA ANAK KELANTAN !!







*Terkenang hasrat arwah baba yang nak aku jadi doktor.InsyaAllah ba.Doakan nana*




::kokoro no omoi::

No comments: