CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



April 29, 2010

::Ya Allah,permudahkan urusanku::

"NeVer regRet AnytHing BecaUse aT 0nE tiMe,iT waS eXactLy wHat y0U wAnteD"




Memang mendalam makna quote ini bagi aku.


Jgn pernah menyesal krna suatu masa nnti,itu adalah apa yang aku nak sebenarnya.Sebab kadang2 aku pernah rasa menyesal.




Menyesalkah aku sebab ambil bidang ini?

Menyesalkah aku sebab terpaksa korbankan byk masa semata2 nk habiskan pengajian 5 thn ini?


Menyesalkah aku sebab zaman universitiku x seperti orang lain?




Masya-Allah..Ya Allah,ampunkan aku!


Aku seperti menyalahkan takdir.Menolak ketentuanMu.


Aku dipilih utk menggalas tanggungjawab ini kerana Kau tahu aku mampu melakukannya.


Jadi,mengapa harus aku rasa sedih?


Aku patut gembira,bersyukur!




'Kerja doktor ni,jalan ke syurga jelas sebab banyak tolong orang'


(petikan dari buku Denyut Kasih Medik)




~Insya-Allah~


Ya Allah,permudahkanlah urusanku!


Permudahkan pengajian 5 tahun ku di sini.


~Amin~




"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu.Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"


(Al-Baqarah : 216)




::kokoro no omoi::


April 23, 2010

::Seorang nenek tua::

Assalamualaikum wbt ::~~


Hari ini postingku adalah berkisarkan seorang nenek tua yang baru aku temui kira2 sejam yang lalu di rumah Aaina(sahabatku) sempena majlis tahlil arwah nenek beliau.Usai shj peperiksaan bahasa Jepun tepat jam 5ptg,kami segera ke sana memandangkan perut teman2 yg lain sdh pon berirama.Ye lah,sjk pg td lg x sempat nk makan,sibuk dgn kelas revision Jepun.

( J E P U N)

Ok!Berbalik kpd kisah nenek td.Kulitnya cerah dan kulihat ada garis2 kedut di setiap inci wajahnya,hasil dimamah usia.Ku kira umurnya sekitar 70++.Namun,Alhamdulillah,pergerakannya tidaklah terlalu terbatas jika dibandingkan dgn orang lain yang seusia dgnnya.Nenek itu x memerlukan tongkat mahupun orang lain utk memimpinnya berjalan.Mulutnya muncung2 mengunyah makanan yang masih bersisa di pinggan.Tiba-tiba aku melontarkan pertanyaan kpd Onie dan Aaina yg ketika itu berada bersebelahanku,dalam loghat ibundaku.

"Bakpo ore raso nenek tu mace nenek ore eh?"
Serentak mereka berdua mendongak ke hadapan.

"Yo lah Nana.Serupo sggh."-Onie
"Nana.Betul mace Opah Nanalah"-Aaina

Mereka sememangnya kenal dgn Opah.Masakan tidak,mereka merupakan teman sebilikku sewaktu di tahun 1.Seringkali nama Opah terpacul di bibirku.Opah ini,Opah itu.Semuanya tentang Opah yg kdg2 perlakuannya sangat mencuit hati aku.Kami 5 beradik mmg rapat sgt dgn Opah memandangkan hanya kami berlima yang merupakan cucunya.Mama anak tunggal.Dan Opah memang Mama bawa tinggal bersama sjk Mama berkahwin dgn arwah Baba lagi.Apa sahaja yang kami nak,pasti Opah tunaikan.Lebih2 lagi kalau berkait dgn makanan.Aku ingat lagi peristiwa sewaktu aku di darjah 4,cikgu Pendidikan Seni(aku da lupa lah nama cikgu tu,maaf ya cikgu) mintak kami buat satu kad kreatif tentang apa2 sahaja.Dan x tahu macam mana aku boleh terfikir nak buat kad kreatif tentang satu menu istimewa.Ikan Sweet Sour Opah!Hatiku girang.Balik je rumah lps habis klas,aku terus tanya Opah macam mana nk buat Ikan Sweet Sour tu.Mungkin Opah fikir aku teringin nk makan ikan tu.Esok tengah hari,aku lihat ikan tu dah siap terhidang atas meja sewaktu aku pulang dari sekolah.Aku terharu sgt!(kecik2 pon ak da pandai feeling2 tau..tahu menghargai orang la katakan..ececee..huuu~)

Lamunanku terhenti.Lagu 'Full House' dari telefon bimbitku yg menatikan lamunan itu.Kulihat skrin.Mama.Teringat pula pada message misscall dari Mama yang masuk setelah aku menghidupkan semula telefon aku setelah selesai peperiksaan tadi.Maaf ye Mama sbb lupa nak call balik=)

Kuceritakan kpd Mama tentang 'kembar' Opah yg aku temui itu.Ketawa Mama apabila kusebut perkataan 'kembar'.Tapi itulah sememangnya perkataan yg sesuai.Benar2 seiras.Telefon beralih tangan di sebelah sana.Kali ini Opah pula yang bercakap.

"Nana tegurlah dia.Tanya duk kat mana.Sembang2 dgn dia."-Opah
"X nak lah.Nanti Nana jadi rindu kat Opah pulak"-Aku

Benar!Aku rindu pada Opah.Dah 2 minggu aku x balik.X pernah ak x pulang seLAMA ini.Ada sahaja kerja yang menuntut keberadaanku di sini,USM.Mama dah dtg semalam.Jadi dptlah melepaskan rindu pada Mama.Opah?Hanya jeruk kiriman Opah kepada Mama semalam yang menjadi peneman rinduku pada Opah.Huhuu~puitis lah pulak aku ni.adeyh~

Di mana kemuncak kpd kisah ini?Kemuncaknya adalah ketika aku lihat nenek tu terjatuh dari motosikal yang ditunganginya,dibawa oleh cucu perempuannya(aku kira).Masih terngiang2 lg di pendengaranku bunyi motosikal jatuh.Berdegup rasa jantung aku!Opah!Segera aku bangun.Rasanya mahu terus aku berlari untuk memapah nenek itu bangun.Tapi orang lain yang berada berdekatan ketika itu laju membantu nenek itu berdiri.Mujurlah nenek itu x ada apa2.Aku bimbang kalau2 motor itu jatuh menghempap nenek tu je.Aku jadi sebak.Walaupun nenek itu kelihatan fizikalnya tiada apa2 yang cedera,hatiku tetap dirundung sayu.Namun,x kusalahkan cucunya.Mungkin keadaan jalan yang berbatu menyukarkannya utk mengawal motor sewaktu ingin membelok keluar.Aku berdoa agar nenek tu benar2 x ada apa2.Insya-Allah....
~Sayam OPAH~


::kokoro no omoi::









April 19, 2010

:Case Presentation:



Endocrin no repoto~
Presentationku yg ke2 utk sem ini;dan yg ke3 utk thn ini..
merungkai kembali presentation2 ku yg terdahulu.........


1)CVS block.Ak dpt turn utk minggu yg terakhir.Supposed dpt buat yg terbaik lah sbb dah bljr drpd 3 weeks previously.Tapi ak manusia biasa.Pasti byk kekurangannya.Apatah lagi itu presentationku yg PERTAMA.Alhamdulillah,permintaanku & K Izah mndpt kerjasama penuh drpd pakcik itu.Syukran jazilan pakcik!Alhamdulillah juga sbb Dr memahami ak sbg bdk baru belajar.Syukran jazilan Dr!Dan syukran jazilan juga kpd K Izah kerana sudi mnjdi partnerku utk clerk patient kali ni.
Diagnosis : Mitral Regurgitation

2)GUT block.Kali ini,turn ak jatuh pada minggu yg terakhir juga.Cuma yg lainnya,kali ini aku berpasangan dgn K Sarah.Malam Sabtu di rumah aku korbankan utk clerk patient di hospital.(apa sgt la pengorbananku ini jika dibandingkan dgn mereka yg sentiasa memikirkan perkembangan pesakit mereka sampai tidur pun diforward ke depan).Berbalik kpd kisah td,pesakit ini ialah seorang pakcik.Ketika kami dtg,dia keseorangan dan K Sarah mendahului aku utk approach pakcik tu.Alhamdulillah segalanya selesai.Arigatoo pakcik!Arigatoo Dr!Mo K Sarah,arigatoo!
Diagnosis : Chronic Renal Failure

3)Endocrine block.Sekali lagi,minggu yg terakhir!Aku sengaja memilihnya memandangkan Dr kali ini tidak begitu menggerunkan berbanding Dr2 clinical teaching utk minggu2 sebelumnya.Hee~maaf ya teman2.Kami yg cop dulu.Dan kali ini Faten yg mnjdi temanku.Pagi Sabtu yg hening tiba2 menjadi terlalu hangat buatku dek satu peristiwa yg meragut sama sekali semangatku utk pergi clerk patient.Alhamdulillah kerana Dia Maha Penyayang.Terus dibuang jauh perasaan amarah itu dari hatiku.Terima kasih Allah!Memandangkan 3 minggu sblmnya PBL 17 dihidangkan dgn kes thyroid disease,kali ini mereka meminta kami agar mencari kes Diabetes Mellitus pula.Insya-Allah,klu jumpa ya=)

Alhamdulillah.Allah mempermudahkan urusan kami.Makcik menerima kedtgn kami dgn senyuman tatkala kami menyuarakan hasrat kami. Wad 4 rata2 penghuninya merupakan diabetic patient .Pernah sekali sblm ini sewaktu ku di Tahun 1 di sini,aku lihat staff nurse tgh mencuci nanah di bahagian jari kelingking kaki yang sdh tiada milik seorang pesakit.Staf nurse tu tanya," X rasa nk muntah ke?"."Tak",jujur jawapanku.Nurse tu sambung lg,"Kena belajar2 la,nnti bila dah jd Dr,x thn tgk semua ni,x boleh nk rawat pesakit pula."Betul kata nurse tu.Kami kena kuat.Bermula saat itu,aku sentiasa ingtkan diriku,x mao makan manis2!Klu x kna skrg,nnti bila dh tua,kna diabetes dan kaki kena potong.
Gracias makcik sbb sudi jd patient kami!Gracias Dr krna mmberikan kami komen2 yg positif dan membina!Akan kami perbaiki mana2 yg kurang.Dan gracias juga buat Faten sbb jd partner aku kali ini!Kecewa sbb x brksmpatan nk buat dressing.huuu~
Diagnosis : Diabetes Mellitus Type 2

Ketiga-tiga kisah di atas banyak memberiku pengalaman dan iktibar.Jika iman luntur,mudah saja takdir dipersalahkan.Jika hati goyah,mudah saja sang putus asa datang bertenggek.Lama-kelamaan,pudarlah rasa kepercayaan kepada Sang Pencipta.Padahal sakit itu sebenarnya dapat menjadikan kita sangat dekat kepada-Nya.Allah itu Maha Penyayang.DIA sama sekali sekali tidak mahu hamba2-Nya jauh drp-Nya.Maka,walaupun demam biasa sekalipun,itu mungkin cara-Nya utk menarik kita kembali dekat pada-Nya agar kita tidak terus lalai dgn kenikmatan duniawi yg tiada berkesudahan.


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh,Allah benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(An-Nahl : 18)

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dgn pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
(An-Nahl : 96)





::kokoronoomoi::




April 12, 2010

Siapa Sangka?

to SHASHA\(^_^)/

Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,maka tidak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.Dia Maha Pengampun ,Maha Penyayang

(Yunus:107)



Tiada siapa yang sangka.Sekelip mata.Benarlah bahawa sakit tak mengenal usia.Sedang aku tgh berdiskusi dgn rakan studyku,Opah telefon.Perkhabaran yang opah bawakan benar2 menyentap jantungku.Shasha,sepupuku masuk ICU dan bakal menjalani pembedahan pada bila2 masa.Habis diskusi,aku segera pulang.Buka lappy.Mgkn ada cerita tentang Shasha dlm blog atau facebook.Tepat sekali.Menurut Abg Shah,juga merangkap sepupuku,Shasha kritikal.Sebab musababnya,aku sendiri belum pasti!



Selepas hampir 2 jam bertarung dalam OT(operation theater),Alhamdulillah Shasha selamat.Kuasa Allah!Namun,kusangka panas hingga ke petang,namun hujan di tghhr.2 hari kemudian(Khamis),Shasha mengalami komplikasi sukar bernafas dan demam.Terus dibawa naik ke ICU tingkat atas(1 Doktor,1 Nurse).Mask dipakaikan untuk bekalan oksigen.Paling mengejutkan,jika Shasha masih tidak boleh bernafas dgn baik,Shasha terpaksa dikomakan!Masya-Allah..sampai begitu sekalikah keadaannya?Air mataku tak mampu dibendung.Macam2 terbit dalam kepala ni.



Pagi Jumaat,aku,mama,opah,ayah ngah,umie,sarah & cik lily bertolak ke KL.Dalam perjalanan,mindaku tak lepas drpd memikirkan tentang Shasha.Lebih2 lagi apabila mendapat satu lagi perkhabaran yang kurang enak drpd che nah.Blood transfusion!Darah dalam badan Shasha kurang.



Pagi Sabtu,kami menyertai Che Ngah(ibu Shasha) dan yang lain2 berkampung di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Penuh wakaf berhampiran playground dgn MCC.Itulah MCC dan aku bangga dilahirkan dalam keluarga MCC.Air mataku tumpah lagi tatkala mendengar esakan Cik Ngah saat berpelukan dgn kami yang baru tiba dr Tanah Merah.Hati seorang ibu!Aku pasti Cik Ngah bertarung dgn emosinya sendiri.Nanik,kakak kpd Shasha,kulihat ada air yang sentiasa bergenang di tubir matanya.Mungkin mengenangkan nasib yang tiba2 datang menjengah satu2 adiknya tanpa sebarang perkhabaran.Begitu juga Ayah Chik dan warga MCC yang lain.Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Shasha.



Tiba waktu melawat,kami bergilir2 masuk nak tgk Shasha dlm ICU.Walaupun sebentar cuma,aku lega kerana stlh 4 hari tak makan apa2,Shasha dah boleh makan sekarang.Makan sendiri pulak tu.Alhamdulillah!Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi.Kami yang baru sampai semalam terpaksa pulang ke Tanah Merah segera memandangkan hari Ahad merupakan hari bekerja.Dan aku pula harus kembali USM.Mahu shaja aku ponteng kelas hari Ahad,tp sayang pulak rasanya nk tinggalkan kuliah.Sekurang-kurangnya kami pulang dgn perasaan lega kerana Shasha dah ada perkembangan positif.



Dan hari ni(Isnin),Shasha dah turun ke wad biasa,bukan lagi ICU.Oxygen & fluid will be given when indicated only!What a relief!
*gambar kat atas tuh,spttnya aku ltk kt bwh tp x bley plak nk adjust dia bg duk bwh (^0^)
~kokoro no omoi~



April 7, 2010

kokoro ~\(^_^)/~

watashi no KOKORO = my HEART

~ it's just a way that i can express my feeling ~